Wednesday, June 2, 2010

Jenis-Jenis Nafsu

Nafsu dalam diri manusia adalah keinginan melakukan sesuatu perkara seperti makan, minum, tidur dan sebagainya.Nafsu sering dipergunakan oleh syaitan bagi menyesatkan manusia. Manusia harus berhati-hati dengan nafsu yang boleh mendorong kita ke arah neraka.

Sebenarnya ada 7 jenis nafsu.Saya hanya mengambil serba sedikit.Ini yang berlaku di negara kita.

1) Nafsu Mutmainnah - Inilah nafsu yang tenang. Orang yang memilki nafsu ini sentiasa mahu melakukan kebaikan. Mereka tidak takut mati, malah rindu hendak bertemu Allah.

2) Nafsu Lawwamah - Orang yang memilki nafsu ini, belum mampu mengawal nafsunya. Mereka sering berbuat dosa, kemudian rasa bersalah. Mereka sangat takut menghadapi kematian disebabkan rasa berdosa.

3) Nafsu Ammarah - Orang yang memilki nafsu ini tidak berupaya mengawal nafsunya, sebaliknya dikawal oleh nafsu. Nafsu sentiasa mengajaknya melakukan kejahatan. Mereka tidak pernah berfikir tentang kematian.

Nafsu No. 1 ialah nafsu bagi orang yang beriman seperti ingin berjihad.

Nafsu No.2 ialah bagi orang yang selalu melihat benda-benda yang tidak baik.

Nafsu No.3 ialah bagi orang yang melakukan zina.

No comments:

Post a Comment