Tuesday, June 1, 2010

Cerpen Kerana Agama Badan Binasa

Di M******* ada seorang lelaki bernama Bobbie (bukan nama sebenar) Dia adalah seorang warganegara Indonesia yang bekerja di negara ini...Dia baru memeluk Islam dan nama Islamnya Abdullah..


Dia sangat rajin bekerja.Oleh kerana dia rajin,dia dinaikkan pangkat.Walau bagaimanapun, tindakan Bob tidak disenangi oleh rakan sekerjanya yang beragama Katolik..Hampir 20 orang rakan sekerjanya beragama Katolik dan hanya dia seorang sahaja yang beragama Islam..Ini menyebabkan rakan sekerjanya mencaci,menghina,menyindirnya kerana dia beragama Islam..Keadaan itu menyebabkan Bob berasa tidak berani untuk solat..Setiap kali dia hendak solat,dia mesti mendirikan solat secara sembunyi-sembunyi..

Semasa pulang ke rumah setinggannya,dia terus mengambil Al-Quran dan membacanya...Selain itu,dia juga qada' solat yang ditinggalnya..


Esok paginya, dia terlewat menunaikan solat Subuh dan lantas dia menunaikan solat Subuhnya..Setiap hari,rakan sekerjanya membawa bas pekerja untuk mengambil pekerja..Rakan sekerjanya terus mencari Bob..Kebetulan Bob sedang membaca Doa Qunut lalu rakan sekerjanya ternampak dia sedang solat.Lantas rakan sekerjanya menolak pintu tersebut dan terus menyepak Bob yang sedang solat... lalu Bob terlantar di atas sejadahnya.Alangkah terkejutnya Bob apabila dia disepak oleh rakan sekerjanya sendiri..Rakan sekerjanya menelefon ketua eksekutif kilang *********** dan memberitahu Bob malas hendak pergi kerja..Bob hanya terdiam..


Hari seterusnya,Bob telah dipanggil oleh ketua eksekutif kilang tersebut untuk memberitahu secara jujur apa yang menyebabkan dia tidak hadir semalam..Bob menjawab,"Saya sedang solat Subuh",Namun alasannya tidak diterima oleh K.E tersebut..Akhirnya, dia terpaksa dipecat dan dia amat sedih (Hanya Allah sahaja yang tahu)...Rakan sekerja yang lain masih lagi mengejek Bob..Bob yang selama ini mendiamkan diri,kali ini menjawab "Saya tidak pernah menggangu kamu dan agama kamu".Kata-kata Bob itu menyalakan api kemarahan diri lawannya lalu dia ditumbuk dan dibelasah beramai-ramai.Apabila peristiwa itu diketahui oleh pihak pengurusan kilang.Rakan sekerjanya pula dipanggil.Mereka diberi pilihan,sama ada terus bekerja ataupun dihantar pulang ke negara asal.

Selepas diberhentikan kerja,Bob mencari kerja kosong tetapi tidak diterima..Akhirnya,dia menjadi AJK Surau yang berhampiran dengan tempat tinggalnya..Mereka menguatkan semangat kepada Bob supaya terus komited untuk mengerjakan sembahyang biarpun berhadapan dengan kejahatan..


Begitulah kisah seorang lelaki yang mualaf...Hanya kerana agama,badan menjadi binasa.



No comments:

Post a Comment