Wednesday, June 2, 2010

Jerat Syaitan

Kisah ini menunjukkan arak dan wanita adalah jerat syaitan yang paling utama bagi menyesatkan manusia.

Di sebuah pusat hiburan, tiga pemuda berkumpul dan seorang gadis. Dua pemuda dan gadis itu memesan minuman keras. Seorang lagi memesan jus limau.

Syaitan cuba mempengaruhi pemuda yang memesan jus limau supaya turut serta memsan minuman keras. Syaitan membisikkan telinganya, "Mengapalah kau datang sini sekadar hendak meminum jus limau? MEMALUKAN!"

Si gadis kemudian berkata kepada pemuda itu, "Adakah awak benar-benar hendak minum bersama saya?"

Syaitan terus-menerus mengapi-apikan pemuda itu. "Jangan hampakan gadis kau itu,"kata syaitan.

"Mengapa awak tidak minum wain sahaja dengan saya?" soal gadis itu."Ia cuma minuman ringan yang dan tidak memudaratkan,"tokoknya.

"Benar, ia minuman ringan yang bagus! Jangan malukan dia,"syaitan menambah.

"Baiklah,"kata pemuda itu

Syaitan gembira kerana berjaya menghasut pemuda itu supaya meminum minuman keras.

Itulah taktik syaitan untuk menghasut manusia.Begitu mudahnya,manusia dihasut dan begitu mudah juga syaitan menghasut.


No comments:

Post a Comment